redha atas segala-galanya

blog ini sekadar ingin mengongsi kisah-kisah di dalam islam..sebarang nasihat dan pendapat sangat-sangat dialukan..Hanya ALLAH yang lebih mengetahui..

Sabtu, 6 Mac 2010

PERBALAHAN MALAIKAT RAHMAT DAN MALAIKAT AZAB

Pada zaman dulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendita untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat. Pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke-100.
Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat.
Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Sebaik saja sampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.
Ketika itu terjadilah perbalahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu kerana pada pendapatnya dia adalah orang baik lantaran azamnya untuk bertaubat sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu.
Allah kemudian menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dituju atau lebih dekat dengan tempat dia mula bertolak. Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, dia kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didapati jarak ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah.


MORAL & IKTIBAR
• Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani
• Orang yang berbuat dosa hendaklah diiringi dengan penyesalan dan taubat.
• Jangan merasa putus asa dari rahmat Allah meskipun telah melakukan dosa yang sangat banyak kerana rahmat Allah sangat luas dan lebih besar daripada dosa besar yang kita lakukan.
• Menjalankan amar makruf dan nahi mungkar hendaklah dengan hikmah dan bijaksana.
• Fatwa yang salah dan tidak berlandaskan hukum sebenar hanya menyusahkan diri sendiri
• Pelepasan dari azab diperolehi hanya dengan berlebihnya timbangan kebajikan meskipun dengar kadar yang sedikit.
• Orang yang hendak bertaubat mesti buktikan penyesalan dengan tindak-ikut yang sewajarnya.
• Orang yang bertaubat dengan sungguh-sungguh penyesalan dan berikrar tidak mengulangi kejahatannya akan diterima oleh Allah taubatnya.
• Mereka yang diterima oleh Allah akan taubatnya seolah-olah tidak mempunyai sebarang dosa.
• Mereka yang sempat bertaubat 'nasuha' sebelum roh sampai ke khalqum dimasukkan ke dalam syurga

Air mata cinta

"Semenjak aku bekerja sebagai guru ni. Aku cukup risau mendengar khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun hanya sebagai guru sandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi penganggur terhormat dengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah aku dah mula jenuh mendengar leteran abah dan rungut ibu kerana mereka kata aku ni memilih kerja sangat.

Dah tak tahan rasanya, nasib baiklah aku ada kawan lama yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah yang membuka tawaran pengambilan guru sandaran. Jadi, peluang untuk mengelakkan diri dari terus menjadi bahan rungutan ini tidak kulepaskan begitu sahaja.
Sememangnya aku tahu bahawa diri aku ni tidak layak untuk menjadi pendidik, tapi apa boleh buat.

Sudah keadaan yang memaksa aku untuk melupakan ketidakbolehanku itu. Borang permohonan aku isi ala kadar aje, tidak mengharapkan sangat. Tapi bila dah rezeki itu telah ditentukan milik kita, dan ia memang benar akan menjadi milik kita tanpa kita sangka sekalipun. Aku menerima surat jawapan dengan perasaan berbelah bagi juga sebab aku takut nanti aku tak mampu untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan atas bahuku ini. Namun, abah dan ibu mula tersenyum mendapat berita itu kerana mereka tahu anak gadis mereka ini memang boleh memikul amanah itu.

“Ah, mereka tidak tahu keadaan aku sebenarnya!” Bisik hati kecilku. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya surat jawapan itu akan menyelamatkan aku untuk seketika. Namun aku sendiri pun tidak tahu setakat mana ia mampu menyelamatkan aku. Aku ada mendengar desas–desus dari adik-adik yang mengatakan bahawa ada orang telah datang merisik aku. Terkejut gila aku dibuatnya. Aku masih belum memikirkan lagi untuk menjadi isteri, suri rumah tangga apatah lagi ibu. Lagipun aku masih belum bersedia untuk memasuki alam rumah tangga. Harap-harap, tawaran guru ini akan membantu menyelamatkan aku yang dalam keadaan genting dan kritikal ini.

Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk menolak pinangan sesiapa sahaja dengan mengatakan bahawa aku ingin menumpukan perhatian pada kerjaku terlebih dahulu untuk mencari pengalaman. Lagipun aku tahu perangai abah dan ibu yang tidak pernah memaksa aku untuk memenuhi kehendak mereka. Cuma harapan mereka itu yang akan membuatkan aku jadi serba salah untuk tidak memenuhinya.

“Bila angah nak lapor diri?” Tanya abah sewaktu kami sedang makan malam. Makan malam bersama-sama merupakan perkara penting dalam keluargaku. Sebab itulah hubungan kami bertambah mesra.
“Minggu depan bah.”. aku telah diarahkan untuk melaporkan diri di Sekolah Menengah Agama Falahiah di Pasir Pekan, Kelantan. Itulah sebuah negeri yang tidak pernah kujejaki sepanjang hidupku hingga kini. Namun aku akan memecahkan rekod itu minggu depan.

“Angah nak abah hantarkan ke?” Memang aku dah jangka abah akan menawarkan pertolongannya itu. Abah tidak pernah membiarkan aku kesusahan keseorangan tanpa bantuannya sampailah aku dah besar panjang dan keluar universiti begini. Abah seorang yang cukup penyayang pada kami anak-anaknya. Dia selalu memanjakan kami dalam lingkungan batas-batas tertentu.

“Tak payahlah bah. Angah pergi naik bas saja dengan kawan. Kawan angah pun kena mengajar kat situ juga.” Jelas ku. Aku tak nak menyusahkan abah. Jauh juga perjalanan dari Selayang ni ke sana. Kata orang, dalam tujuh atau lapan jam juga. Aku dah banyak menyusahkan abah. Sekarang aku mahu berdikari sendiri dan aku mahu tunjuk dan buktikan pada abah yang anak gadisnya ini mampu untuk melakukan sesuatu dengan usaha sendiri.

Banyak perkara yang terpaksa aku fikirkan. Terutamanya tentang keadaan tempat mengajarku nanti. Negeri yang tidak pernah kujejaki bakal menyambut kedatanganku sebagai musafir yang tidak tahu bila akan kembali ke tempat asalnya. Namun kupercaya bahawa ia pasti bangga menyambutku sebagai tetamunya.

“Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu. Nanti jangan lupa selalu hubungi ibu dan abah kat sini.” Pesan ibu sewaktu aku nak bertolak ke Kelantan. Keluarga menghantar aku ke Hentian Putra. “Jangan lupa bawa balik ‘awe’ Kelantan tau!” Usik adik lelakiku. Adik aku seorang ni suka sangat menyakat aku. Kalau cakap dengannya, ada saja hal-hal yang membuatkan kami tidak bersependapat. Namun aku tahu, sejauh mana kasih sayang adikku itu terhadap aku.

“Jaga perangai elok-elok. Tunjukkan budi pekerti yang mulia, barulah semua orang sayang pada kita walau di mana sahaja kita berada.” Itu pesan terakhir abah sebelum aku melangkah menaiki bas. Aku cium tangan abah dan kupeluk ibu. Semoga berkat doa restu mereka. Aku bisa menghadapi dan mendepangi arus kehidupan ini. Kasih dan sayang mu abah dan ibu akan kubawa ke mana-mana sahaja selama mana kaki ini terus melangkah.

“Aah.”. aku menyeka air mata sewaktu melihat lambaian abah, ibu dan adik-adik tatkala bas yang kunaiki mula meninggalkan Perhentian Putra itu. Sedih juga aku untuk berpisah dengan mereka. Keluarga yang aku cukup bahagia dengan kasih sayang yang tercurah.

“Kita nak tinggal kat mana nanti?” Tanyaku pada Nadia, kawan yang senasib denganku. “Tak payah risau. Pak long aku dah janji nak uruskannya untuk kita.” Nasib baik juga si Nadia tu ada bapa saudara kat sana. Kalau tak, macam manalah nasib kami nanti.

“Pagi nanti, dia yang akan datang jemput kita kat stesyen bas.” Sambung Nadia lagi. Lega hatiku bila mendengarnya. Risau juga aku kalau tak ada orang yang ambil nanti sebab kami akan sampai di Kota Bharu sebelum subuh. Pagi-pagi begitu kat manalah kami nak gagau. Aku pun tak terfikir akan dihantar mengajar di Kelantan tu.

Bas yang kami naiki tiba di stesyen bas Kota Bharu sewaktu azan subuh berkumandang dari menara Masjid Muhammadi, sebuah masjid yang tertua di negeri itu. Kedatangan ku ini disambut dengan laungan kalimah suci membesarkan Tuhan. “Semoga ia menjadi suatu petanda yang baik buat ku.” Bisik hati kecilku. Bandar ini sudah mula bangkit dari lena manusia. Orang ramai yang baru tiba, berduyun-duyun menuju ke masjid yang berdekatan.

“Jom, pak long aku dah tunggu tu!” Ajakan Nadia itu membuatkan bicara hatiku terputus di tengah jalan. Aku membuntuti langkahnya yang agak kalut sambil memikul sebuah beg pakaian. Aku hanya membawa barang-barang keperluanku sahaja, yang lain nanti boleh usahakan bila dah dapat tempat tinggal tetap. Aku harap, tempat tinggalku nanti tidaklah jauh sangat dari tempat aku mengajar kerana ia akan memudahkan aku untuk berulang-alik.

“Buat sementara waktu ni, Nadia dan Idah tinggal kat rumah pak long dulu. Lagi pun bukanlah jauh sangat sekolah tu dengan rumah pak long.” Pengkhabaran beginilah yang agak memberatkan hatiku. Selagi boleh. Aku tak nak menyusahkan sesiapa. Aku lebih senang mempunyai rumah sendiri dari menumpang rumah orang lain. Apatah lagi tuan rumah yang kita tumpangi itu tidak mempunyai apa-apa pertalian pun dengan kita. Tapi apa boleh buat, terpaksalah aku bersabar buat seketika ini.

Di Kelantan, sekolahnya bermula pada hari Ahad. Cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari ni baru hari Jumaat, jadi lusa baru aku akan melaporkan diri di sekolah agama tu nanti. Aku pun masih terfikir-fikir tentang subjek apa yang akan ku ajar nanti. Risau juga aku takut-takut nanti subjek yang terlalu sukar untuk aku. Lagi pun aku manalah ada pengalaman menjadi guru ni. Ni boleh dikira bidang terjunlah.

Suasana pagi di Kampung Laut ini cukup tenang. Kampung yang berada di atas tebing Sungai Kelantan ini kedudukannya bersetentangan dengan Bandar Kota Bharu. Kita akan dapat melihat bandar itu dari tebing sungai Kampung Laut ini. Rumah bapa saudara Nadia ini agak besar juga. Boleh dikatakan kebanyakan rumah-rumah di kampung ini bertiang tinggi. Ini bagi mengelakkan daripada ditenggelami air apabila banjir melanda. Boleh dikatakan bapa saudaranya itu dari kalangan orang berada juga.

aku agak kepenatan kerana perjalanan yang memakan masa tujuh jam semalam. Aku tidak sedar bila aku terlena di bilik rumah pak long Nadia tu selepas solat subuh tadi. Aku tersedar dari lena apabila telingaku disapa suara yang sayup-sayup kedengaran. “Baru bangun tuan puteri?” Soal Nadia apabila melihat aku menggeliat kemalasan. Dia baru aje selesai mandi.

“Letih sangat naik bas semalam.” Alasanku. Segan juga aku bila memikirkan anak dara yang bangun tengah hari kat rumah orang ni. Nanti dikata orang anak dara pemalas pulak.

“Suara apa tu?” Soal aku pada Nadia. “Itu suara orang memberi kuliyah pagi Jumaat di masjid. kat sini, setiap hari Jumaat ada kuliyah agama di masjid.” Beritahu dia. Baru aku perasan yang rumah pak long Nadia ni tidaklah jauh sangat jaraknya dari masjid. Masjid utama Kampung Laut yang didirikan sebagai mengganti Masjid Lama Kampung Laut yang telah dipindahkan ke Nilam Puri.

“Kenapa?” Soal Nadia agak kehairanan bila memerhatikan aku sedang meneliti suara penceramah yang kedengaran melalui corong pembesar suara masjid itu. “ Tak ada apa-apa. Saja tanya.” Sebenarnya suara itu telah mengingatkan aku pada seseorang. Orang yang tidak pernah ku tatapi dan tengok wajahnya. Namun aku mengenali suaranya. Suara yang suatu ketika dahulu selalu mengganggu kelancaran dan kelicahan kehidupan kampusku tetapi telah bertukar menjadi satu suara yang selalu kurindu dan ku tunggu-tunggu untuk mendengarnya.

“Helo! Boleh saya cakap dengan ustazah Faridah?” Tanya satu suara di hujung talian sana. “Ustazah Faridah tak ada, tapi Faridah aje adalah!”. aku agak kehairanan kerana tak pernah seorang lelaki menelefon aku menanyakan nama Ustazah Faridah. “Ah, samalah tu.” Jawab suara itu.
“Saya bukan ustazah, awak jangan nak memandai. Siapa awak ni?!” Geram rasanya apabila ada orang cuba untuk mempermainkan aku.
“Tak apalah ustazah. Nanti lain kali saya telefon lagi. " …” Talian dimatikan begitu sahaja tanpa sempat aku berbuat sesuatu. “Aaagh…” Keluh hatiku. Geram. Ada orang cuba untuk mempermainkan aku dengan panggilan ‘ustazah’ tu. Pada hal aku tak layak langsung untuk memakai gelaranku. Dari segi pakaian ku yang lebih ku suka mengenakan seluar panjang atau jeans dipadankan dengan t-shirt lengan panjang dan skaf saja. Lagipun aku suka dengan gaya begitu yang membolehkan aku bergerak lincah. Takkan orang macam aku ni dipanggil ustazah. Tak padan langsung. Ni dah sah orang cuba untuk mempermain-mainkan aku.

Selang beberapa hari, suara itu menelefonku lagi. Boleh dikatakan semua gerak-geriku dia tahu. Semacam aku diperhatikan mata-mata gelap dari Bukit Aman lah pulak. Dah puas aku tanya siapakah tuan empunya suara, namun banyak dalihnya yang membuatkan aku tidak pernah tahu siapakah dia. Banyak hal urusan peribadiku cuba dicampurinya. Dari perjalanan hidup harianku sehinggalah cara aku berurusan dan berpersatuan termasuklah cara aku berpakaian.

“Siapa awak yang nak cuba campuri urusan peribadi saya hah?!”. aku mula hilang kesabaran bila dah semakin melampau langkahnya itu. Namun dia masih mampu untuk bertenang dengan sikapku yang mula panas itu.

“Memang saya tahu siapa saya. Saya bukan abang apatah lagi suami ustazah. Tapi tak salah bukan kalau saya sebagai seorang sahabat cuba untuk menasihati dan memberikan pendapat?” “Jangan panggil saya ustazah! Saya dah meluat dengan awak!” “Saya tidak pernah memaksa ustazah memenuhi ataupun mengikuti nasihat dan pendapat saya. Pilihan keputusan terletak sepenuhnya di tangan ustazah. Saya tiada hak walaupun sedikit untuk menentukannya.” Dia tidak menghiraukan amaran dan kemarahanku itu. Dia tetap memanggilku ustazah.

“Ahh, pergi jahanam dengan ustazah awak tu!” Semburan kemarahanku itu membuatkan aku mematikan talian telefon bimbitku. Selepas kejadian itu. Aku tidak lagi menerima panggilan dari suara misteri itu. Sekurang-kurangnya aku berasa sedikit aman sehinggalah pada hari ulang tahun kelahiran ku yang ke 24. Satu bungkusan telah dikirimkan ke alamat rumahku di Selayang. Aku agak berdebar bila menerima hadiah yang tidak tercatat siapakah nama pengirimnya. Apabila kubuka balutan kotak hadiah itu, kudapati di dalamnya terdapat sepasang baju kurung bewarna krim, sehelai busana bewarna meron serta dua helai telekong yang berwarna pink dan putih. Aku terkejut dengan hadiah itu. Terdapat dalamnya juga sekeping nota ringkas.

" ……"
Selamat ulang tahun ke 24 buat Ustazah Faridah binti Mansur. Saya doakan semoga Allah memanjangkan usia ustazah dengan ketaatan ibadah serta memurahkan rezeki ustazah dengan yang halal. Amin…..
Pemanggil misteri.

Bagaimana dia boleh tahu tarikh lahir aku. Macam mana pula di memperolehi alamat rumahku ini. Orang ini memang gila agaknya. Aku membelek-belek baju dan telekong yang dihadiahkannya kepadaku itu.
“Cantik juga. Macam dia tahu pulak tentang warna kesukaan ku.” Bisik hati ku. Tapi macam mana aku nak memakainya. Baju kurung tu tak kisahlah sebab aku biasa juga memakainya. Tapi bagaimana dengan busana dan telekong ni? Nanti apa kata keluarga dan kawan-kawanku. Aah..kacau-kacau.

“Aii.. termenung saja! Terkenangkan orang jauh ke?” Usikan mak cik Gayah, mak long Nadia itu membuatkan lamunanku terganggu.
“Takdelah makcik.” “Sambil masak pun boleh termenung, nanti gulai yang kat atas dapur tu boleh hangit tau.” Sampuk Nadia pula.
“Mana ada, kamu ni Nadia kalau tak sakat aku tak senang duduk agaknya.” Mak cik Gayah dan Nadia tersengih mendengar jawapanku itu.

Malam itu kami semua berjemaah di masjid. Kata mak cik Gayah, malam ni ada ustaz jemputan yang akan memberikan ceramah tentang Maulidur Rasul. Kami agak terlewat ke masjid kerana sibuk di dapur. Jadi terpaksalah kami memenuhi saf belakang. Agak ramai juga kaum wanita yang datang ke masjid malam ni. Aku bertakbir ratul ihram pun sewaktu imam dah mula baca surah fatihah. Sekali lagi aku terpana bila mendengar suara imam membacakan fatihah. Aku rasa seperti pernah mendengar suara itu tapi di mana yak. Aku bertakbir menjadi makmumnya. Terlalu asyik mendengar bacaan imam. Alunannya yang mengikut lagu yang biasa dibacakan oleh Saad al-Ghamidi dan Sudais. Aku rasakan bahawa solat maghribku malam itu terlalu pendek dan cepat.

Semasa ceramah maulidur rasul. Aku tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kerana suara penceramah itu benar-benar mengganggu ingatanku. “Ustazah nampak sopan bila berbaju kurung begitu dan lebih bersopan lagi jika berbusana. Jangan hiraukan apa yang orang kata, tapi ambil hirau tentang apa yang Tuhan kata”. aku terima mesej itu melalui telefon bimbitku. Memang ku tahu siapa pengirimnya. Hari itu tiba-tiba saja aku terlintas untuk memakai baju kurung yang dihadiahkan pemanggil misteri itu sewaktu aku menghadiri kuliyah. Cuma telekong saja yang ku ganti dengan skaf biasa. Agak kekok juga sebab dah lama aku tak pakai baju kurung. Itu pun ramai kawan yang tengok pelik saja pada aku. Pelbagai soalan yang mereka Tanya, tapi aku buat tak tahu saja. Malas nak layan.

Apa salah baju tu, lagi pun orang yang bagi bukannya aku yang beli.
“Saya harap ustazah pakai begitu bukan kerana saya, tapi ikhlas kerana Allah.” Suara itu mengingatkan aku. “Awak ingat awak tu siapa? Saya pakai tu kerana saya nak pakailah, tak ada kaitan langsung pun dengan awak.” Tegas aku pada dia. “Baguslah macam tu. Saya harap ustazah akan terus begini.” Itulah suaranya yang terakhir aku dengar. Selepas itu aku tidak lagi menerima sebarang panggilan misteri seperti itu sehinggalah sekarang. Cuma kadang-kadang sahaja aku menerima surat atapun bungkusan yang tidak tercatat nama pengirim dan alamatnya. Dan aku pasti, itu adalah ‘dia’. Ke mana sahaja aku pergi, pasti dia tahu.

Seperti dia sentiasa mengekori dan memerhatikan aku. Sebelum aku bertolak ke Kelantan pun aku ada menerima satu bungkusan yang bersetemkan luar negeri. Di dalamnya aku dapati terdapat dua buah buku yang bertajuk Fitnah Wanita dan Bakal Wanita Syurga. Juga terdapat sekeping nota ringkas bersama bungkusan itu.

" ...."
Di harapkan ustazah sudi menerima hadiah dari saya ini sebagai ucapan tahniah saya kerana ustazah telah terpilih untuk menjadi guru sandaran. Semoga ada manfaatnya buku ini kepada ustazah.
Pemanggil misteri.

aku tidak lagi menaruh sebarang kebencian kepada pemanggil itu. Sebarang hadiah atau pemberian darinya aku terima dengan rela hati. Sekurang-kurangnya aku tidak payah membeli untuk itu. Teringin juga aku untuk bertemu dan mengenali siapakah sebenarnya ‘pemanggil misteri’ itu. Misteri sangatkah dia sampai dia tidak mahu memperkenalkan dirinya kepadaku? Namun aku sangat berharap agar suatu hari nanti aku akan menemuinya.

“Masa kat masjid lagi mak cik lihat Idah asyik termenung. Kenapa ni?” Tanya orang tua itu sewaktu kami berjalan pulang dari masjid
“Tak ada apa-apa lah mak cik. Badan ni yang masih penat lagi ni.” Alasanku padanya. “Yealah tu. Macamlah aku tak tahu. Nak sorok kat siapa hah?!” Nadia mula nak buka ‘gelanggang’ denganku.
“Kalau ada pun. Aku ingat kat famili aku sajalah.” Seboleh-bolehnya aku tidak mahu orang lain tahu keadaan sebenarnya.

“Habis tu si pemanggil misteri tu siapa?” Rupa-rupanya Nadia sudah mengetahui tentang hal itu. Tapi dari mana dia tahu. Aku rasa. Aku tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang ‘pemanggil misteri’ itu.
Semenjak aku menjawat jawatan guru sandaran ni, jadual harianku telah berubah. Banyak perkara yang perlu aku lakukan sebagai persediaan untuk mengajar. Aku tak sangka apabila telah diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah untuk mengajar subjek Tasawur Islam untuk tingkatan 4 dan Pendidikan Islam untuk tingkatan 3. Pada mulanya aku minta ditukar untuk mata pelajaran lain tapi aku tidak ada pilihan lain. Maka aku terpaksa menerima panggilan ‘ustazah’ itu. Ah Kenapa ini boleh berlaku. Sebelum ini, panggilan itu agak terlalu janggal untuk aku. Tapi setelah beberapa lama aku mengajar. Aku sudah lali dan mungkin boleh juga dikatakan agak serasi denganku.

Namun aku terpaksa melakukan banyak perubahan terhadap penampilan dan peribadiku agar ia benar-benar secocok dengan panggilan itu. Aku tidak lagi selincah di kampus dulu. Keadaan berpakaian pun sudah berubah. Seluar, jeans dan t-shirt hanya kat rumah dan apabila bersama keluarga sahaja. Keluar aje dari rumah. Aku akan mengenakan baju kurung ataupun busana. Skaf telah ku ganti dengan tudung. Pada mulanya aku agak rimas berpakaian begitu, namun keadaan yang telah memaksa aku untuk berbuat demikian. Aku benar-benar berubah. Aku bukan lagi seperti Faridah yang dikenali sewaktu di kampus dulu. Oleh itu ramai teman-teman rapatku yang agak terkejut dengan perubahanku ini. Tidak kurang pula yang bersyukur pada Tuhan kerana telah membukakan pintu hidayahnya kepadaku.

aku juga telah memaklumkan pada keluargaku, mereka tidak membantah. Malah mereka juga turut bersyukur. Cuma mereka harap aku melakukannnya atas dasar kesedaran dan keikhlasan serta istiqamah kerana Tuhan. Bukannya sekadar hangat-hangat tahi kerbau. Di antara orang yang paling gembira dengan perubahanku itu ialah ‘pemanggil misteri’ itu.

“Syukur dan syabas saya ucapkan kerana ustazah telah berubah.” Ucapnya melalui telefon setelah sekian lama dia tidak menghubungiku melalui telefon. “Terima kasih saya ucapkan pada awak kerana telah banyak mengubah peribadi saya.” Ucapku ikhlas. “Itu tugas saya sebagai seorang sahabat.” “Tapi bilakah saya dapat mengenali siapakah awak yang sebenarnya?”. aku sememang dah tidak sabar untuk mengetahui siapakah dirinya yang sebenar. “InsyaAllah, bila sampai ketentuanNya nanti tetap ustazah akan tahu juga siapa saya.” Itulah jawapan yang selalu aku perolehi darinya apabila soalan demikian aku kemukakan.

“Dah lama awak tak hubungi saya, ke mana awak pergi?” Tanyaku.
“Saya keluar negeri, sambung pengajian.” Patutlah surat dan bungkusan darinya dulu bersetemkan setem Australia. Itulah pertama kali aku dengar suaranya setelah kira-kira lebih dua tahun dia tidak menelefonku. Hanya surat yang menjadi perantaraan. Itupun suratnya untuk aku sahaja. Aku pula tidak pernah mengirimkan sepucuk surat pun kepadanya kerana aku tidak tahu kepada siapa patut aku tujukan dan alamatnya pun entah di mana. Dia tidak pernah memberikannya kepadaku.

Malam itu, ibu ada menelefonku. Dia tanya sama ada aku balik atau tidak pada cuti tahun baru cina nanti. Aku kata, kalau ikutkan perancanganku memang nak balik. Tapi tak tahulah agaknya-agaknya ada hal pulak nanti. “Kenapa?” Soalku pada ibu. “Ada orang nak datang tengok angah.” Jawapan ringkas ibu itu telah cukup untuk membuatkan aku terkejut besar. Aku memang tak sangka. Jantung ku berdegup kencang. “Angah belum bersedia lagi untuk berumah tangga bu.”. aku masih mahu bebas dari ikatan itu. “Ibu tak paksa angah untuk terima, tapi baliklah dulu. Kita tengok, lepas itu angah yang buat keputusannya nanti. Ibu dan abah terima saja.” Pujuk ibu. Terasa sedikit kekuatan dengan jaminan yang diberikan ibu itu.

Kalau boleh. Aku ingin menentukan sendiri pasangan hidupku tanpa sebarang paksaan dari kedua orang tuaku. Semenjak dari pengkhabaran ibu itu. Aku begitu berdebar untuk menunggu cuti tahun baru cina yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Aku lebih banyak termenung memikirkan hal itu. Setiap kali aku balik dari mengajar ke rumah sewa aku di Kampung Kota Kubang Labu. Aku lebih suka bersendirian dalam bilik. Nadia merasa pelik dengan perubahan mendadak ku itu. Aku menceritakan sebabnya kepada Nadia.

“Bersabarlah. Apa nak dirisaukan, ibu engkau dah beri jaminan bahawa dia tak memaksa. Jadi pilihannya di tangan engkau sendiri.” Nasihat Nadia. “aku risau sebab aku takut untuk mengingkari harapan mereka.”
Mulai hari itu juga. Aku memohon petunjuk Allah dalam menentukan dan memberikan kekuatan kepadaku.

Ya Allah, sekiranya Engkau telah menentukan jodohku, maka aku harap Engkau mengurniakan aku seorang suami yang soleh. Mampu membimbing aku dan bakal zuriat yang akan lahir dari rahimku ini.
Ya Allah, bantulah aku dalam menentukan perkara ini. Janganlah Engkau biarkan diriku sendiri menentukan perjalanan hidupku walau hanya sekelip mata. Aku memohon dariMu kebaikan yang berpanjangan dan bahagia yang berkekalan.

Kepulanganku ke rumah di Selayang disambut gembira dengan seisi keluarga. Semuanya berkumpul, tambah-tambah lagi kerana cuti tahun baru cina. Lagipun mereka semua ingin tahu siapakah gerangan yang mahu datang itu. Abang long, abang chik semua balik. Kakak ipar dan anak buah juga tidak ketinggalan untuk turut serta.

“Tak lama lagi, Man dapat abang iparlah. Ibu kan!” Itu suara adikku si Rahman. “Ish kamu ni Man. Tak boleh ke kalau tak usik angah tu.” Ibu cuba membelaku. Aku hanya melayan perasaan. Perasaanku berbelah bagi. Entah apa keputusan yang akan kuberikan kepada abah dan ibu nanti. “Ibu tak memaksa angah untuk menerimanya. Angah yang akan menentukannya sendiri.” Ibu mengulangi jaminannya padaku sewaktu dia melihatku murung.

“Along terima siapa sahaja yang menjadi pilihan angah untuk jadi suami. Suami angah adalah adik ipar along juga.” Kata along sambil menepuk-nepuk bahuku. “Acik pun macam tu juga. Kami nak tengok angah bahagia. Itu sudah memadai bagi kami.” Sokong Acik pula. Sekarang aku benar-benar yakin bahawa aku memiliki sepenuh kuasa untuk menentukannya. Semua keluarga menyokong aku. Sekurang-kurangnya ia membuatkan aku berasa lega.

Semua ahli keluargaku sibuk untuk menyediakan jamuan keluarga sempena kedatangan tetamu yang begitu mendebarkan hatiku itu. Mengikut kata ibu, mereka akan datang lepas maghrib dan akan makan malam bersama-sama keluargaku. Apabila masuk waktu maghrib, semua ahli keluargaku berjemaah di rumah. Abah yang jadi imam dan along yang jadi bilal. Cuma aku saja yang terkecuali sebab uzur. Jadi kenalah aku tengok-tengokkan Ain, anak saudaraku yang baru berumur 9 bulan. Makin tak keruan aje rasanya jiwa ini. Tapi bila memikirkan yang semua ahli keluarga menyebelahiku. Aku rasa bersemangat. Aku begitu gembira bila berpeluang untuk berkumpul dengan seluruh ahli keluargaku ini. Aku sangat bangga mempunyai keluarga yang sebahagia ini. Dan doaku semoga keluarga yang akan kubina nanti sekurang-kurangnya akan menjadi seperti keluargaku ini.

Sewaktu, azan Isyak berkumandang dari Masjid Selayang kedengaran ada orang memberi salam di luar rumah. Aku bangkit bergegas ke bilikku. Aku malu, takut dan segan. Semua jenis perasaan mula berkumpul di hati ini. Badanku terasa seram sejuk dan panas serta-merta. Aku tak tahu apa yang mereka kat luar tu bincangkan. Cuma terdengar suara hilai ketawa sahaja. Selang beberapa minit. Aku terdengar suara orang bertakbir.

“Seperti suara yang pernah kudengar.” Bisik hatiku sendirian. Kemudian, diikuti dengan bacaan surah al-Fatihah yang dialunkan mengikut bacaan Saad al-Ghamidi. “Ya Allah! Siapakah dia?” Hatiku semakin kuat tertanya-tanya siapakah sebenarnya empunya suara. Seperti suatu suara yang selalu kudengar. Seperti suara yang sering menasihatiku itu.

“Ya Allah. Aku bermohon kepadaMu dengan kebaikan. Kurniakanlah aku suatu kurniaan di sisiMu yang boleh membahagiakan seluruh kehidupanku. Tetapkanlah kasih sayang di hati ini agar tidak goyah dalam mengharungi arus deras ini.” “Ya Allah! Kiranya dia adalah utusan dan ketentuanMu buatku. Aku harap Engkau permudahkanlah dan bukakanlah hatiku ini untuk menerimanya dengan ikhlas. Jika ia ditakdirkan bukan milikku, maka jauhkanlah hatiku darinya. Hilangkanlah bayangan wajahnya dari tatapan dan pandanganku agar hatiku bisa tabah menerimanya.” “Ya Allah! Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuanMu buatku. Amin….”

Ketukan pintu bilikku membuatkan aku terkejut. Ibu masuk merapatiku.
“Marilah keluar! Mereka mahu kenal angah.” Bisik ibu perlahan. Aku merenung ibu dengan pandangan yang berkaca-kaca. Ibu mengangguk lembut, terseyum memandangku sambil jari telunjuknya mengesat air mataku yang mengalir perlahan. “Sudahlah. Ibu ada bersama angah. Usah takut.” Pujuk ibu lagi. Aku bangun perlahan seperti tidak bermaya. Mengenakan jubah yang baru siap aku tempah dan telekong pink. Inilah kali pertama aku mengenakan jubah. Aku lap mukaku dengan tisu untuk menghilangkan sisa-sisa air mata.

aku memandang ibu. Ibu mengangguk dan memimpin tanganku keluar untuk menemui tetamu yang mungkin istimewa. Aku menundukkan mukaku. Tidak berani untuk melihat siapakah tetamu itu. Ibu memimpin aku ke ruang tempat kami sentiasa solat. Rupa-rupanya mereka semua menunggu aku di situ. Aku duduk bersimpuh di sisi ibu dan diapit oleh kak long serta kak chik. Tetamu itu duduk bersetentangan denganku. Pada agakkanku, dia sedang memerhatikan gerak-geriku. Aku tidak berani untuk mengangkat mukaku untuk memandangnya.

“Pak cik! Izinkan saya untuk bercakap dengan Faridah sekejap.” Tetamu itu memohon keizinan dari abah. “Silakan.” Keizinan yang diberikan abah itu membuatkan aku berdebar-debar. Tetamu itu merapatiku dan kini dia betul-betul bersila di hadapanku. Aku dapat mendengar bunyi nafasnya dan dapat menciumi bau minyak athar yang dipakainya.

“Ya Allah! Tenangkanlah hatiku dan tolonglah aku di saat ini. Ya Allah. Aku benar-benar bermohon kepadamu.” Doa hatiku. “Ustazah Faridah! Jika ini dinamakan takdir, maka telah tiba masanya ustazah mengenali saya.” Betulkah suara itu yang aku dengar. Aku belum mampu untuk memandang wajahnya. Tapi suara itu membuatkan hatiku bergetar.
“Dulu saya bukanlah abang apatah lagi suami ustazah, tapi sekarang saya datang untuk mengambil ustazah sebagai suri hidup saya.”
“Ya Allah! Benarkah seperti apa yang aku dengar sekarang ini? Ini benar-benar suara dia. Aku yakin, memang inilah suara dia.” Bisik hatiku.

‘Sudikah ustazah membukakan pintu hati ustazah untuk menerima cinta dan kasih sayang saya kerana Allah?” Soalnya perlahan. Perlahan-lahan aku mendongak mukaku dan pandangan kami bertembung. “Haikal!” Bisikku perlahan. Dia tersenyum memandangku. Air mataku mula mengalir. “Ya Allah! Benarlah janjimu terhadapku. Aku menerima kurniaanmu ini dengan penuh redhaku.”

aku berpaling pada ibu. Ibu memandangku dengan penuh kasih sayang. Aku memeluknya erat. “Ibu, angah dah bersedia untuk jadi seorang isteri bu!” Bisikku perlahan. Ibu memelukku erat tanda akur dengan kehendak dan keputusanku.

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surahan-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada saya, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk bab* hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....
Wallahua'alam

Isnin, 14 Disember 2009

mencari NUR

dengan seuntai
lafaz "bismillah"
kalam ini menari lagi
tersantap aku
dari lena yang panjang
yang terang itu gelap
yang gelap itu kabur
cukup mengerti apa
dan bagaimana ianya
bermula atau berakhir
satu persatu persoalan
dirungkai
digarap
diolah oleh akalku
ya
olah akalku
akal yang waras itu
bermula daripada kekuatan iman
akalku yang dulu pernah mati
yang terang itu kabur
yang gelap itu jelas
tidak sedikit pun dapat
membezakan apa yang baik mahupun
yang benar

dulu
diriku ini pernah lemas dalam lumpur dosa
malah palitan lumpur-lumpur
doaa itu tidak pernah tertanggal
daripada badanku
biarpun
berkali-kali air yang suci itu
mebasahi diri
mengalir di setiap inci kulitku

kala itu
mutiara jernih mengalir
dipipi berulang-ulang kali
mebasahi tikar sejadahku

ya
aku mencari NUR
daripada Tuhan yang menciptakan aku
penguasa alam yang satu
tanpa NUR dari-NYA
belum tentu
lumpur-lumpur dosa
yang bagai sebati dengan diriku ini
bisa ditanggalkan
kerna aku ini
hanya hamba-MU yang lemah
bisa atau tidak
aku tidak terlepas daripada
melakukan semur-semur dosa

Sabtu, 7 November 2009

Ramadhan 2012- PERINGATAN UTK KITA SEMUA

Assalamualaikum..apa yang hendak disampai ini sekadar renungan kita sementara kita hidup didunia ni..sesunggah ALLAH S.W.T. yang lebih mengetahui segala-galanya..Tolong sampaikan pada saudara seIslam kita... semoga menjadi peringatan dan kita kembali pd jalan yg lurus...


Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012.


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".


UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES


2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

Jumaat, 6 November 2009

IBU MITHALI

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ....," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam m anis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"


"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang.. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."


"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Ja di, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Ja ngka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "


"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak.. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku.. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Ja di, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

" Ja ngan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya.. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut..

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu..

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Ja watankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.

Label:

Khamis, 5 November 2009

aku tinggalkan cinta kerana DIA

ASSALAMUALAIKUM...
disini kain kafan nk share tntg pengalaman seorg hamba ALLAH ni..semoga kita dapat ambik iktibar dan pengajaran..renung-renungkan

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o¬ne, you can never build it o¬n what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah o¬n their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."



Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?